Tapi Jangan Kau Letakan Ia Dihatimu... Cinta
Dunia vs Cinta Akhirat Al-Imam Hasan al- Basri r.hm. berkata: “tidaklah
aku berasa pelik terhadap sesuatu seperti yang kurasai ke atas orang
yang tidak menggangap cinta dunia sebahagian dari dosa besar. Demi
Allah! Sungguh orang yang mencintainya
benar-benar termasuk dosa yang besar. Dan tidaklah dosa-dosa menjadi
bercabang-cabang melainkan kerana mencintai dunia. Bukankah punca
menyembah patung serta menderhakai al- Rahman adalah kerana cinta dunia
dan lebih mengutamakannya?” (Mawa’izh al-imam hasan al-basri, hal 138)
Al-imam sufyan al-tsauri r.hm. berkata: “telah sampai kepadaku
bahawasanya akan datang satu masa kepada umat manusia di mana pada masa
itu semua hati- hati manusia dipenuhi oleh kecintaan terhadap dunia,
sehingga hati-hati tersebut tidak dapat dimasuki rasa takut terhadap
Allah s.w.t.
Dan itu dapat engkau ketahui apabila engkau telah memnuhi
sebuah bakul kulit dengan sesuatu hingga penuh, kemudian engkau cuba
memasukkan barang lain ke dalamnya namun engkau tidak mendapati ruang
untuknya lagi.” Beliau berkata lagi : “sesungguhnya aku benar-benar
dapat mengenali kecintaan seseorang terhadap dunia berdasarkan cara
penghormatannya terhadap ahli dunia.” (Mawa’izh al-imam sufyan
al-tsauri, hal 120) Sifat orang cinta dunia 1. Tamak terhadap sesuatu 2.
Tidak memberi peluang kepada orang lain 3. Suka salahkan orang apabila
gagal 4. Menghalalkan segala cara dalam mencari rezeki 5. Sibuk dengan
urusan dunia hingga melupakan akhirat 6. Tidak memiliki pendirian yang
kuat dalam mencari kebenaran Cinta akhirat Sabda Rasulullah s.a.w yang
bermaksud: “Sesiapa yang menjadikan akhirat harapannya, Allah akan
menjadikan rasa cukup di dalam hatinya serta mempersatukannya, dan dunia
akan datang kepadanya dalam keadaan menyerah diri. Tetapi sesiapa yang
dunia menjadi harapannya, Allah akan menjadikan kefakiran berada di
depan matanya serta mencerai- beraikannya, dan dunia tidak akan datang
kepadanya kecuali dalam sekadar apa yang telah ditetapkan baginya.”
(Riwayat al- Tirmizi) Firman Allah yang bermaksud: “Sesiapa yang
menghendaki keuntungandi akhirat akan kami tambah keuntungan itu
baginya.
Dan sesiapa yang menghendaki keuntungan di dunia, kami berikan
kepadanya sebahagian dari keuntungan dunia dan tidak ada baginya suatu
bahagian pun di akhirat.” (Surah al-Syura 42:20) Mereka yang cinta
akhirat diberi kemudahan menikmati dunia. Firman Allah yang bermaksud:
“Dialah yang menjadikan bumi itu mudah bagi kamu. Maka berjalanlah di
segala penjurunya dan makanlah sebahagian daripada rezekinya dan hanya
kepadanya lah kamu (kembali setelah) dibangkitkan.” (Surah al- Mulk
67:15) Untung cinta akhirat 1. Siapa yang beramal untuk akhiratnya,
Allah akan mencukupkan dunianya. 2. Siapa yang memperbaiki hubungan
antara dirinya dengan Allah, Allah akan memperbaiki hubungan dirinya
dengan manusia lain. 3. Siapa yang memperbaiki keadaan batinnya, Allah
akan memperbaiki keadaan lahirnya. 4. Siapa yang menjadikan aktivitinya
untuk akhirat, maka tidak akan lewat satu haripun melainkan dia akan
kembali Orang yang ingat akhirat
1. Tidak melihat urusan dunia kecuali
dia akan mengaitkan dengan akhirat 2. Tidak berkumpul dengan keluarganya
kecuali membayangkan akan berkumpul bersama penduduk syurga 3. Tidak
mengenakan pakaian kecuali teringat akan pakaian sutera milik penghuni
syurga 4. Tidak menyeberangi sebuah jambatan kecuali teringat akan
titian sirat di atas neraka 5. Tidak mendengar suara yang kuat melainkan
mengingatkannya akan tiupan sangkakala 6. Tidak pernah berbicara
tentang suatu perkara, melainkan ada kaitannya dengan akhirat
Sumber :
majalah solusi isu 18 hal 13
Tidak ada komentar:
Posting Komentar